“Labuh Depan Belakang” – Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menjadi perhatian ramai apabila mengeluarkan produk baru pakaian sukan untuk wanita dan patuh syariah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tya dilihat aktif bermain sukan pickle ball dengan pakaian sukan versi muslimah.

BACA: Tya Adnan Tampil Berniqab, Shukri Yahaya Sokong Isteri Jaga Aurat

Dalam hantaran berkenaan, wanita Muslimah tidak perlu risau untuk aktif bersukan dengan pakaian berkenaan kerana tidak akan terangkat serta labuh di bahagian depand dan belakang.

“Tak semestinya aktif nak kena tight. Pickleball? Checked. Modesty? Double checked.

“Dengan Covya Hoodie, tak perlu risau terangkat sana sini. Oversized, labuh depan belakang, sesuai untuk active girl macam you,” tulis hantaran berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Tya untuk menggalakkan kaum wanita terus menjaga aurat meskipun dalam bersukan.

Sementara itu, ada yang mengatakan perkongsian Tya itu boleh menjadi inspirasi buat wanita lain untuk terus istiqamah dalam menutup aurat.

×