Kunci Mulut, Syamsul Yusof Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan memberikan kenyataan susulan tidak mahu melepaskan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Memetik Harian Metro, sebaik sahaja prosiding tamat Syamsul dilihat tidak mengendahkan pertanyaan daripada media.

BACA: Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

Syamsul juga hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Puteri Sarah tiga tahun lalu.

Malah, Syamsul juga dilihat hanya menunjukkan isyarat tangan tanda ‘aman’ dan ‘Allah Yang Satu’ ketika beredar daripada mahkamah.

Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul berhujah di mahkamah bahawa anak guamnya tidak mahu menceraikan Puteri Sarah kerana percaya masih ada sinar untuk perbaiki perkahwinan mereka.

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

×