fbpx

Kumpul Aset Untuk Keluarga, Black Bina Sendiri Villa Di Langkawi

Selepas berpenat lelah selama tiga bulan, impian penyanyi Black Hanifah tercapai apabila villa miliknya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya.

Memetik Utusan Online, Black berkata idea tercetus untuk membina villa tersebut pada Oktober lalu dan villa yang diberi nama Rindu D’Villa Langkawi mengambil masa tiga bulan pembinaan.

BACA: Black Terkejut Peminat ‘Boyish’ Rupanya Perempuan, Minta Maaf Sebab Terpeluk

Menurut Black, dia turut melakukan kajian serta persiapan rapi sebelum membina sendiri villa tersebut bersama empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.

“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini. Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Black juga teruja kerana villa miliknya itu merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’ dan sudah pun mula dibuka untuk tempahan.

Sementara itu, Black memberitahu villa tersebut akan mula dibuka pada Mac ini serta memberi jaminan villa miliknya itu akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.

“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.

“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.

Dalam pada itu, Black berkata dia mempunyai perancangan untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut di masa hadapan sebagai pelaburan serta aset masa depan untuk isteri dan anak-anaknya.

“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.

“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya.