fbpx

Kudap-kudap Yang Anda Boleh Makan Sambil Layan Movie Semasa Lockdown

Sejak kerajaan umumkan lockdown di negara kita yang entah sampai bila pun akan berakhir, kami tahu mesti ada di antara anda yang buntu nak buat apa bila lepak di rumah lama-lama kan?

via GIPHY


Walaupun ada yang masih keluar bekerja di syarikat masing-masing, masa yang diperuntukkan tak sama dengan waktu sebelum COVID-19 muncul. Ada yang bekerja dari rumah dan ada juga yang masanya hanya beberapa jam jer di ofis.

Kadang-kadang tu bila dah banyak masa di rumah, mula lah tak tahu nak buat apa. Dan apa yang kami boleh cadangkan kepada anda adalah setiap malam anda layan satu movie! Tak adalah boring sangat kan?

Nak Layan Movie Wajib Ada Kudapan

Bila dah datang mood nak tengok movie, of courselah anda kena cari kudap-kudapan, barulah mood onz!

Anda boleh tengok list di bawah ni idea yang anda boleh beli siap-siap kudap-kudapan tu nanti.

1. Keropok

Keropok antara makanan ringan yang wajib ada kalau layan movie tu. Sekarang ni kan banyak sangat jenama-jenama yang anda boleh beli. Jadi tak ada alasan lagi nak pergi beli kudapan tu nanti.

2. Kacang/Kuaci

Dua benda ni kalau tak ada tak jadi gais. Kalau makan memang tak sempat movie mula pun dah habis. Haha..So boleh masukkan dalam list korang tu nanti!

3. Fast food

Mc Donald, KFC, Dominos, Pizza Hut dan macam-macam lagi fast food yang anda boleh order untuk jadikan sebagai kudapan semasa tengok movie tu nanti. Sumpah layan!

4. Air Bikarbonat

Dah ada makanan wajib ada air. Air penghilang dahaga semestinya air bikarbonat. Segar jer rasa dia kan. Sambil kunyah kudapan tu boleh teguk air tu sekali, kang terlekat pula di skala 2.

5. PopCorn

Alaa, kalau kita tengok movie dekat panggung wayang pun kita grab popcorn kan. Wajib ada! Haa macam tu juga lah kalau di rumah. Sekarang ni tak dapat makan popcorn pun tak susah dah sebabnya korang boleh beli online jer. Meriah sikit kalau ada popcorn!

Sebut pasal popcorn ni, haa korang boleh cuba Eng’s Popcorn. Sedap gais. Produk Bumiputera lagi weh. Kalau dulu susah juga nak dapatkan popcorn. Mesti kena pergi panggung wayang jer kan kalau nak makan popcorn. Tapi sekarang ni tak lagi dah.

Macam Eng’s Popcorn ni, ramai ejen-ejen yang jual, jadi mudah sangat kalau nak dapatkan popcorn ni sekarang.

Muda-muda Pun Dah Jadi Jutawan

Kalau anda nak tahu founder Eng’s Popcorn ni muda lagi gais. Tak pernah terfikir dek akal pula yang popcorn boleh dibuat bisnes.

Percaya atau tidak, founder yang baru berusia 23 tahun ini sebenarnya dah jadi jutawan pun. Serius lah weh? Jual popcorn pun boleh jadi jutawan?

Jom kita kenali dia. Lepas ni anda dah boleh cuba makan popcorn jenama anak muda ni pula untuk lepak depan tv tengok movie tu. Sumpah sedap!

Asal Budak Pasar Jer!

Mohamad Shazarul Ismail, Founder Eng’s Popcorn ini berasal dari Batu Pahat, Johor. Kalau ikut apa yang diceritakan, pada 2017, dia hanyalah seorang budak pasar yang bekerja mengupas bawang jer.

Kalau anda nak tahu, sebelum subuh dia dah gerak pergi pasar. Lepas tu dia uruskan kedai pakciknya pula. Semua kerja ini dilakukan demi membantu keluarga selepas pemergian arwah ayahnya.

Idea nak berbisnes popcorn ini terlintas disebabkan dia ternampak mesin buat popcorn milik kakaknya. Jadi, dia pun cuba buat popcorn untuk makan sendiri. Tak sangka pula jiran-jiran terbau dan nak juga. Bermula dari situ lah dia mula melebarkan sayap untuk berbisnes popcorn!

Hasil dari belajar dalam ilmu bisnes, perniagaan yang dulu biasa-biasa dah jadi luar biasa sekarang ini gais. Betul mantap!

Kenapa Eng’s Popcorn?

Untuk anda yang tak tahu, nama Eng’s Popcorn berasal dari moyangnya yang berasal dari keturunan Cina yang tak fasih untuk menyebut nama arwah bapanya, Ismail. Sebab itu lah moyangnya hanya menyebut Engs.

Jadi nama arwah ayahnya itu dipilih untuk dijadikan sebagai jenama popcornnya itu bagi memperingati dan membalas jasa arwah ayahnya.

Dah Ada Kilang

Percaya atau tidak, pada 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan, dia berjaya capai RM8 juta buat popcorn je beb!

Bukan itu saja pada usia yang sangat muda dia berjaya memiliki sebuah kereta Mercedes Sport model GLA 45 AMG. Padu bhai!

Dan yang paling membanggakan, dia berjaya buka sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat, Johor. Gila weh…macam tak masuk akal tapi inilah hakikatnya. Tak payah perah-perah otak nak fikir nak buat bisnes produk susah-susah.

Apa yang menyentuh hati kami, walaupun dah bergelar jutawan, dia tak lokek untuk berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang stafnya. Itu belum lagi ejen-ejen di bawah Eng’s Popcorn ni. Banyak Manfaat yang mereka dapat bila di guide oleh team Eng’s Popcorn.

Team Yang Power!

Adanya team-team yang power sudah tentu membantu menaikan lagi jenama Eng’s Popcorn ini. Betul tak?

Ada pula bos yang tidak abaikan staf, lagi lah rasa seronok nak kerja lama dalam sesuatu syarikat itu.

Sekarang ini sudah ada lebih 1,500 orang ejen telah dibantu di bawah Eng’s Popcorn untuk menjana pendapatan mereka. Wah! Hebat betul. Menang tak hairan lah bisnes popcorn dia mencanak naik sampai juta-juta.

Bagi anda yang nak tambah pendapatan boleh join team dorang ni gais. Ye lah dalam keadaan lockdown sekarang ni kami faham ramai yang terkesan. Ada yang hilang kerja, ada yang tak dapat buka kedai dan banyak lagi masalah yang berlaku.

Jadi tak salah untuk anda sertai team Eng’s Popcorn. Boleh juga tambah duit tepi. Anda hubungi dorang di LINK INI okay.

Jangan Lupa Tonton Movie!

Seronok betul tengok orang berjaya macam founder Eng’s popcorn ni kan? Kalau anda berminat nak join jangan lupa tekan link di atas tu.

Eh, jangan lupa pula misi kita gais, Satu hari satu movie. Kami dah senaraikan di atas tu tadi, jangan lupa serbu kedai-kedai berdekatan anda yer. Enjoy your day!