Kritikan Mas Idayu Buat Sissy Iman Menangis, Netizen Tak Puas Hati
Semalam hangat diperkatakan mengenai konsert program Famili Duo apabila penyanyi Sissy Iman tidak dapat menahan air mata apabila menerima sergahan komen pedas daripada juri program tersebut iaitu Mas Idayu.
Difahamkan, Sissy Iman bergandingan dengan Naim Daniel menyanyikan lagi Jampi namun Mas Idayu beraganggap lagu tersebut tidak sesuai dengan mereka. Komen Mas Idayu itu sekaligus membuatkan Sissy tidak dapat menahan sebak di atas pentas.
BACA: Bapa Sissy Iman Tata Rias Anak Sendiri, Sedih Tiada Yang Taja Baju
Bagaimanapun, juri lain seperti Ajai memuji idea mereka yang membawa kelainan ke versi keroncong namun kurang dari segi penyampaian.
“Kamu sebenarnya ada idea. Saya puji idea kamu yang ke arah muzik kerana buat jampi ke keroncong. Kamu selalu tukar keaslian lagu dan konsep. Penyampaian kurang. Saya dengar, kesedapan dan kelembutan lagu tu jadi kasar sikit. Kira tak sampai la. Jadikan sebagai pengajaran,”katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen kurang senang serta tidak meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen Mas Idayu serta mendakwa penyanyi dangdut itu tidak profesional.
Malah, ada yang menegur Mas Idayu dengan mengatakan tiada masalah untuk memberikan teguran namun biarlah beradab serta tidak menjatuhkan maruah seseorang.
Singkir saja ma’s idayu tu. Pegang Mike pun tak reti. Sombong bongkak. Kesian suami dia
Dah tau cepat kotak sibuk nk masuk pertandingan realiti yg mmg ada org akan kritik performance ko sbb korg yg nk bertanding. Ni bkn konsert ni pertandingan yg ada juri tukang kritik. Isu juri tu mulut lps ke apa itu isu lain. Selagi juri tu x maki hamun kata ke tahap level penghinaan yg merosakkan maruah itu kira ok la!
Kelakor netijen nie kdang! Korang tau saper mas idayu nie? Org kota tinggi jer tau saper mas idayu nie dia nie bkn kata otai bab lgu keroncong,lagu² asli nie.. Ingt lgi up dri otai la aku rasa!waima kata si nie sissy guru vokal bgai, pengalaman hidup tu yg kite nk?MAHAL!! korang nk modified lagu pn Agak2 ler..
Mas idayu ni takde kelas! Golongan b40 ajer yg support pengdangdut ni. Camnerla dia layan laki baru dia. Cara cakap selalu kuang haja. Kalau setakat dapat award dangdut tak payahlah eksyen sangat. Bukannya ko penah dapat award penyanyi atau penghibur terbaik pun nak kritik penyanyi lain dgn nada kuang haja ko.
Sebenarnya pengkritik atau otai2 yg “vokal” dlm mengkritik ni mmg kena ada dlm program atau pertandingan cmni. Org awam yg plak nk koyak tu aku rasa sbb mrk x tau situasi blkg tabir penyanyi2 ni dlm studio rekoding. Sapa yg x kental jgn jd artis!!! Jd artis ni asam garam mainan dia mmg akan kena gossip, kena hentam dgn netizen dll benda yg negatif. Ko x kuat semangat pegi kerja kilang laa!
Nak menegur biarlah secara professional baru penyanyi respect awak. Dulu pon awak bukan bagus sangat ya! Jangan rasa diri tu hebat sangat. Allah lagi hebat.
Setuju dgn Roro, aku bkn le minat pun si Mas Idayu bg aku pttnya org lejen mcm Kathijah Ibrahim, Azlina Aziz, Sheila Majid lg layak jd pengkritik penyanyi2 ni tp xtau laa sbb apa xde stesen tv nk bg mrk job? Sebenarnya org berbakat besar spt P. Ramlee pun teruk dikritik dulu. Jd kalau artis2 baru yg bakat x brp nk ada tu x payah laa nk sentap bila kena kritik atau kena sekolah dgn org2 lama dlm industry! Mcm mana bakat tu nk diasah setajam pedang, berkemilau spt berlian kalau korg semua manja x boleh nk kena tegur?!
Alah nk kritik secara professional konon ni kan realty show kalau xde drama sapa nk tngk ni bkn mcm bintang rtm tahun 70-80an dulu2. Bongok tul netizen melayu ni. Ni semua mmg marketing laa!
..datuk syafinas yang ada degree pun tak komen cam pompuan gatal kawen lagi ni..cam la sedap nor dia nyanyi pun..cam pro je..prosak ada lah..memang tak berkenan betul dia ni jadi juri..pihak penerbit pun mentang mentang la pompuan tua ni murah, men amek je..
Boikot Mas Idayu! Takkan tengok dah muka dia! Menyemak negara