Kami pasti anda telah sedia maklum isu tular yang berlaku ketika ini mengenai seorang guru Matematik, Cikgu Fadli Salleh kan?
Beberapa hari lalu Cikgu Fadli Salleh mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan bakal berdepan tindakan buang kerja atau turun pangkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan hantaran di media sosial yang mengkritik beberapa isu membabitkan sistem pendidikan di laman Facebooknya ini.
Malah perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebooknya 16 Oktober lalu yang menyatakan mahu berjumpa Cikgu Fadli Salleh untuk mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkannya.
KPM bagaimanapun mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan Cikgu Fadli Salleh ini. Berikut maklum balas oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berhubung perkara tersebut.
Seperti kita sedia maklum KPM komited melakukan yang terbaik. Malah semalam, Isnin, 17 Oktober perkara ini telah pun dibincangkan bersama. Jadi, sama-sama kita tunggu keputusannya. Paling penting anda jangan membuat spekulasi sendiri ya.