fbpx

“Koyak Berapa Sentimeter Pun Nak Cerita Dekat Orang” 

Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta meluahkan rasa geram dengan wanita yang berkongsi terlalu mendalam tentang pengalaman melahirkan anak.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta turut hairan dengan sikap wanita yang terbuka bercerita tentang hal tersebut sehingga hilang rasa malu.

BACA: Che Ta ‘Sibuk’ Melawa, Tak Ada Masa Nak ‘Spot Check’ Telefon Suami

“Risau zaman ini ramai dah kurang rasa malu! Semua benda lah nak canang biar satu dunia tahu terkoyak ke, terjahit ke, terjelir ke.

“Ya Allah zaman sekarang ni sampai dah tak ada perasaan malu langsung. Takkan lah kita beranak jahit tak jahit pun kita pergi tunjuk dekat orang. Koyak berapa sentimeter pun nak cerita dekat orang. Adui kalian simpan sikitlah malu tu,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut mempersoalkan banyak perkara lain boleh diberi perhatian seperti isu semasa berbanding cerita dalam kain.

“Yang berita pun merapu-rapu cerita sampai dah tak ada cerita ke? Tak ada komen-komen netizen pasal harga diesel naik ke?

“Aku rasa macam nak naik basikal je lepas ni. Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pempenaruh media sosial berkongsi dengan pengikutnya tentang pengalaman melahirkan anak secara normal tanpa terkoyak dan dijahit.