Nampaknya kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah semakin hangat diperkatakan apabila adik-adik mereka dilihat berbalah di media sosial sejak malam tadi.
Menerusi perkongsian di Insta Story, adik Bella iaitu Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya serta membidas kenyataan Aisyah Aziz yang didakwa ditujukan kepada Bella.
BACA: “Kita Pun Ada Kekurangan, Usah Sebar Aib Orang” – Adik Aliff Aziz
Menurut Didi, dia mengakui dirinya tidaklah begitu baik namun kakaknya sememangnya seorang yang baik dan boleh bertanyakan kepada siapa yang mengenali Bella.
Didi turut mempersoalkan tentang ‘move on’ serta bertanyakan siapa yang membuka aib kakaknya serta memanggil kawan-kawan Aliff untuk mengumpat Bella.
“Obses nampak baik? (Cakap dengan cermin please). Saya ni memang la tak baik sangat, tapi kak long saya tu dari sekolah baik, boleh tanya semua orang.
“Move on like an adults? Siapalah yang pergi buka aib kak long saya? Siap panggil kawan-kawan Alif untuk mengumpat. Video mengumpat pun sampai dua jam, kalau ikut memang nak post je semua. Siapa yang main game ni? Rasanya korang kot, tak baca ke WhatsApps Aliff dengan Ruhainies?” katanya.
Sementara itu, Didi turut mendakwa pihak Aliff yang merancang untuk menjatuhkan kakaknya serta mengatakan pihak mereka hanya mahu Aliff diam dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan.
Dalam pada itu, Didi berkata kakaknya masih bersama Aliff kerana anak-anak serta mendakwa tiada keluarga Aliff yang bertanya khabar kakaknya seolah dia yang ditangkap khalwat.
“Pilih untuk stay sebab anak-anak sister, awak ada anak tak? Tak ada kan. Ini dah sampai tangkap khalwat takkan nak stay lagi? Suka-suka je cakap kakak saya tak ikhlas, awak tu tuhan ke?
“Lagi tak slay dari awal, korang perli-perli kakak aku. Buang dia macam sampah. Buang dari family group tanpa tanya khabar dia. Macam Bella pula kena tangkap khalwat. Kesian dia menangis, tak makan berhari-hari sebab korang semua,” katanya.