“Korang Boleh Panggil Aku Gemuk, Gajah Tapi Jangan Panggil Aku Siti Bainun” – Norreen Iman
Baru-baru ini perkongsian Instafamous yang kini bergelar pelakon, Norreen Iman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu video apabila ada yang menyamakannya dengan Siti Bainun.
Menerusi video itu, Norreen terasa hati apabila ada yang menyamakan fizikalnya seperti individu yang didakwa melakukan penderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU), adik Bella.
BACA: Norreen Iman Beli Toyota Alphard, Netizen Rasa Sebak
View this post on Instagram
Tampil membidas komen netizen itu, Norreen berkata mereka di luar sana boleh memanggilnya dengan gelaran apa saja namun jangan sesekali memanggilnya Siti Bainun.
“Korang boleh panggil aku fat ugly bitch. Norreen badan gemuk macam bab*, gajah, tong dram, trak… semua benda boleh panggil. Perut saya pun banyak roadblock.
“Tapi jangan panggil aku Siti Bainun. Aku dan Siti Bainun jauh sekali. Ya, memang aku gemuk gila. Tinggi 171 sentimeter, gemuk pula tu. Aku punya besar kalau duduk depan kau memang terus gelap masa depan. Tapi, jangan panggil aku Siti Bainun,” katanya.
Kata Norren lagi, perwatakan dirinya dengan Siti Bainun jauh berbeza dan dia adalah seorang wanita yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.
“Sebab aku bukan pendera. Aku pencinta alam, pencinta makanan, pencinta binatang, pencinta anak. Aku penyayang. Muka ja macam ini. Yang cakap aku Siti Bainun, kalau aku rembat muka baru tau. Asal gemuk ja Siti Bainun,” katanya.
- SUMBER
- Cari Forum
Smlm aku pergi supermarket beli barang dapur, ternampak sorang pompuan gemok ala2 SB…Ya Allah…ngeri pandangan mata ku sekali imbas macam SB.
Aku pun trauma dgn Siti Bainun sbnrnya.
Siti bainum adalah kekasih gelapku dahulu. Kamu break sebb.. Huhu…kerna dia pernah campakku keluar tingkap suatu ketika dahulu kerna tidak ajak dia makan kfc yg ku beli. Kusangka dia tidor.
Ps: tingkap itu ketika itu tertutup.
Siti bainum adalah kekasih gelapku dahulu. Kami break sebb.. Huhu…kerna dia pernah campakku keluar tingkap suatu ketika dahulu kerna tidak ajak dia makan kfc yg ku beli. Kusangka dia tidor.
Ps: tingkap itu ketika itu tertutup.
Sapa Noreen Iman ni? Tak femes pun.
Jangan terpedaya dengan post dia. Ini jenis attention seeker aje. Sebenarnya tak ada orang kata macam Bainun pun. Dia mahu orang kata & puji “Eh, awak ni tak gemuk lah!” Rasa licik lah konon. Tapi banyak lagi yang kena belajar lah, ngok!