fbpx

Kongsi Wajah Bilal Sipi-Sipi, Neelofa Seksa Batin Netizen

Usia anak sulungnya kini sudah mencecah 8 bulan, namun pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah putera mereka, Muhammad Bilal kepada umum.

Meskipun tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa tidak lokek berkongsikan gambar Bilal di Instagram namun tidak menampakkan bahagian wajahnya.

BACA: Izara Aishah Tegur Netizen Lagakan Neelofa & Fazura

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terbaru, Neelofa ada memuat naik video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka dan diletakkan emoji cermin mata hitam beserta emoji donut.

Bagaimanapun, Neelofa dikatakan terus ‘menyeksa batin’ pengikutnya apabila masih enggan mendedahkan wajah Bilal di media sosial.

“Jangan seksa batin netizen boleh tak Neelofa? Ramai dah mula susun ‘puzzle’muka Muhammad Bilal dengan ‘hint’ yang dah ada,” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga, ada netizen meminta Neelofa supaya membuat pengumuman jika mahu mendedahkan wajahnya anaknya itu nanti.

“Kalau nak dedahkan beritahu awal Neelofa. Nak ambil cuti,” tulis seorang lagi pengikut.

Terdahulu, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan.