Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein dilihat memuat naik perkongsian video memaparkan pengacara Jihan Muse bersama Haziq Husni mengacarakan sebuah program.
Menerusi perkongsian itu, Elly mengatakan dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang suka membahan dan memerli orang lain di atas pentas.
BACA: Elly Mazlein Pilih Sembunyi Wajah Anak, Lebih Banyak Kebaikan
Tambah Elly lagi, dia juga berharap agar kasih sayang yang ada dalam dirinya terus kekal buat selamanya terutama bagi sesama insan serta memberikan kata-kata semangat buat Haziq.
Sementara itu, menerusi satu hantaran lain, Elly berpendapat lawak nyanyian berulang-ulang tidak menjadi masalah jika ianya menghiburkan daripada menggunakan jenaka memerli atau menghina fizikal seseorang.
“Biarlah lawak menyanyi berulang ulang kalau dengan cara itu boleh menghiburkan. Daripada lawak berulang-ulang main nama bapak, memerli dan bahan dan paling tak menahan lawak taik lalat chipmore berulang ulang. Dari musim pertama sampailah musim puluh puluh. Adoilah,” tulisnya.