fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian apabila berkongsikan pengalaman bersalin anak keduanya di media sosial.

Menerusi video dimuat naik itu, Elfira turut berkongsikan tips untuk melahirkan anak dengan mudah serta apa yang perlu dilakukan apabila berdepan situasi berkenaan.

BACA: Anak-Anak Dipuji Comel, Peminat Suruh Elfira Loy Beranak Lagi

Elfira turut meluahkan rasa syukur proses melahirkan anak keduanya itu dipermudahkan. Ujarnya, dia berkongsikan video itu selepas ramai yang meminta tips untuk meneran.

https://www.tiktok.com/@elfiraloy/video/7158795454019292443?

“Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife Puan Sharifah. Daripada video ini, korang boleh dengar sendiri cara Midwife El terangkan apa yang perlu buat sebelum push.

“El ingin kongsi juga untuk kelahiran kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, kontraksi ada tapi bukaan lambat,” katanya.

Dalam pada itu, Elfira memaklumkan dia mengambil epidural untuk melahirkan puterinya bagi membantu proses kelahiran.

“El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2 cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah kurangkan dos untuk epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih resah dan macam tak boleh bernafas.

“Sebab itu la, El dah boleh rasa kontraksi dan mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh agak bila nak push dan sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan kebas.

“Dalam klip ini, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan ‘kalau muka buruk salahlah teran tu’. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum, cuma kawal je,” katanya.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum melihat proses bersalin pelakon itu sangat mudah dan dilihat tenang. Malah, ramai yang membandingkan pengalaman mereka ketika melahirkan cahaya mata.