fbpx

Kongsi Lirik Sedih, Isteri Unfollow Shuk?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila meluahkan rasa di media sosial.

Terbaru, menerusi Insta Story, Sera berkongsikan beberapa klip muzik pendek lagu Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow mengisahkan mengenai kecurangan.

BACA:Suka Hatilah Nak Cakap Aku Meroyan, Kau Tahu Apa Yang Kau Dah Buat”

Tidak pasti perkongsian itu ditujukan kepada siapa namun Sera seolah memberi isyarat rumah tangganya masih berdepan kesulitan. Malah, hasil tinjauan mendapati Sera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Terdahulu, Sera meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.

Sera berkata dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini. Katanya lagi, selama ini dia bersabar demi dua anaknya meskipun dikecam teruk oleh orang ramai kerana sering memaafkan suaminya.