fbpx

Kongsi Kekejaman Israel, Que Haidar Dikritik Tak Cukup Islamik

Baru-baru ini, pelakon Que Haidar ada berkongsikan video mengenai kesengsaraan di bumi Palestin dan Syria serta kekejaman Isral menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun, ada sahaja netizen yang kurang senang dengan perkongsian Que itu serta menyifatkan pelakon itu tidak layak bercakap tentang kesengsaraan rakyat di negara berkenaan memandangkan dia tidak cukup Islamik.

BACA: Que Haidar Kutuk FFM 27 Sebagai Anugerah Kanak Kanak

https://www.instagram.com/p/B5HjSnVp87t/?utm_source=ig_embed

Malah, individu berkenaan turut mengkritik gaya hidup Que dan keluarganya yang lebih ke arah Barat. Kata individu itu lagi, adalah lebih baik jika perbetulkan dahulu keluarga dan isteri sebelum bercakap mengenai hal agama.

Tidak hanya berdiam diri, Que membidas komen biadap netizen itu dengan mengatakan ini tentang hak asasi manusia. Que turut memerli individu tersebut dengan mengatakan adakah seseorang itu perlu menjadi seorang ustaz baru boleh ada sifat kemanusiaan.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen memberikan semangat kepada Que untuk meneruskan perjuangan serta tidak mengendahkan individu yang negatif yang hanya tidak suka melihat orang lain melakukan kebaikan.