fbpx

Kongsi Foto Terbaring, Ruhainies Masuk Hospital?

Meskipun terpalit dengan kontroversi ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz, pelakon Ruhainies dilihat tenang dan masih mengemaskini Insta Story miliknya.

Terbaru, menerusi di Insta Story Ruhainies dilihat ada memuat naik fotonya dilihat sedang terbaring menjadi perhatian ramai.

BACA: Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Tidak Senonoh

Menerusi entri itu, dapat dilihat Ruhainies mengenakan pakaian hospital serta kelihatan wayar dibadannya namun tidak dikongikan kapsyen pada hantaran berkenaan.

Terdahulu, dua sahabat baiknya dikenali sebagai Zahar dan Fyzal berkata pelakon itu kini lebih banyak berdiam diri selepas kontroversi ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Sementara itu, rakannya berkata dia yakin bahawa Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti tidak senonoh itu serta menyifatkan pelakon itu seorang yang lemah lembut.