fbpx

Kongsi Foto Baby Bump, Rabecca Nur Islam Hamil Anak Keenam

Perkongsian pelakon Rabecca Nur Islam di Instagram menjadi perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak keenam.

Menerusi entri itu, Rabecca dilihat memegang perutnya yang sudah menampakkan baby bump serta meminta mendoakan yang baik-baik. 

BACA: Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam?

“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya.

Perkongsian Rabecca itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen rata-rata netizen yang teruja serta mengucapkan tahniah di atas berita kehamilan tersebut.

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Selain itu, Rabecca turut mempunyai seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.