Siapa yang tidak kenal akan Tiesto dan hasil kerja beliau yang bertaraf lagenda di’zaman moden selain status beliau sebagai produser muzik yang semakin di’segani.
Dan, anda sebagai peminat DJ terkenal ini kini boleh memiliki sebahagian sentuhan Tiesto untuk gaya hidup seharian anda, hasil kolaborasi unik bersama GUESS.
Bermula Ogos 2012 lalu, bersempena dengan koleksi Rigor — GUESS membawakan jam tangan edisi terhad Tiesto yang boleh di’dapati di’butik GUESS seluruh dunia.
Sesuai dengan imej GUESS yang moden dan seksi, jam tangan pelbagai fungsi dan gaya ini di’datangkan dengan logo khas GUESS dan Tiesto dalam rona hitam & electric blue.
Boleh anda dapatkan jam tangan edisi terhad Tiesto sekarang ini anda tanya? Ya, dan GUESS kini sedang adakan jelajah promosi yang kini sedang berlangsung di Pavilion, KL.
Jelajah promosi jam tangan GUESS kini sedang berlangsung di Level 3, Bintang Entrance di pusat membeli belah Pavilion, KL dan bakal berlangsung sehingga 16 September ini.
Jika anda hadirkan diri sekarang, anda bakal menerima baucer RM80 dengan sebarang pembelian jam tangan GUESS selain hadiah eksklusif daripada GUESS dengan setiap pembelian melebihi RM500.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, GUESS mempunyai laman mikro khas untuk meraikan kolaborasi bersama Tiesto di tiesto.guess.com dan anda boleh sertai perbualan seluruh dunia di Twitter melalui hashtag #guesstiesto. Jadi, siapa cukup baik hati untuk belikan kami satu?