Hangat diperkatakan apabila isterinya, Aisyah Hijanah dilapor sudah pun memfailkan cerai pada Ogos lalu, pempengaruh media sosial, Alif Teega dilihat tenang memuat naik kata-kata positif di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alif berkata dalam kehidupan kita tidak boleh harapkan kebahagiaan semata-mata dan jika ikhlaskan dengan apa yang berlaku dalam hidup pastunya kehidupan seseorang akan lebih tenang.
BACA: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
“Kita perlu terima setiap rasa yang kita perlu lalui dalam hidup kita, kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia. Kita juga tak boleh menolak kecewa atau luluh dalam hati kita kerana itulah fitrahnya.
“Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita tenang,” katanya.
Perkongsian Alif itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mempersendakan kata-katanya itu, malah ada yang meminta bapa kepada dua cahaya mata itu untuk perbaiki diri sendiri terlebih dahulu.
SUMBER: mStar Online