Peguam Puteri Sarah Liyana akan mengambil tindakan lanjut terhadap isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan keluarga Kazar yang didakwa melanggar perintah injuksi yang difailkan tahun lalu.

Memetik Harian Metro, peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata mereka akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi.

BACA: “Cukuplah 9 Tahun Saya Jadi Isteri Mohd Syamsul” – Puteri Sarah

“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pelanggaran kali ini lebih dasyat apabila mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul namun  berkahwin di luar negara tanpa izin mahkamah.

“Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.

Hari ini, Puteri Sarah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan. Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes.

×