fbpx

Kilafairy Tinggalkan KRU, Suara Tidak Sesuai & Minat Bollywood

Unifi tempat kami sekarang sedang down & kami bosan tidak dapat menonton TV online.

Oleh kerana itu & atas kestabilan Maxis 3G (not sponsored by), kami tulis sedikit tentang perkembangan karier Kilafairy.

Oh yes, masih dengan satu filem iaitu Karak bersama KRU Studios dan tiada projek lain setakat ini.

Namun yang menariknya, Kilafairy hari ini melalui mStar Online menyatakan yang beliau kini sudah tidak bersama KRU Studios.

Pernah di’gossipkan dengan orang kuat KRU Studios, Yusry KRU, Kilafairy kini berkata beliau selesa membawa haluan karier beliau dalam tangan sendiri.

Menolak yang beliau & KRU Studios mempunyai masalah dalaman, beliau meninggalkan KRU Studios semata mata kerana kontrak setahun beliau sudah tamat.

Kilafairy juga mengakui yang suara beliau tidak sesuai dengan lagu lagu ciptaan KRU & menurut Norman Abdul Halim, CEO KRU Studios, Kilafairy seorang yang minatkan muzik Bollywood.

Memang tidak kenalah kalau mahukan Bollywood dengan KRU Studios — namun siapa tahu, Yusry KRU berminat arahkan filem Bollywood masa akan datang. Boleh pinjam Kilafairy.