fbpx

“Kikislah Suami Anda Sebelum Orang Lain Kikis” – Fatin Afeefa

Sudah dua minggu mendirikan rumah tangga, kisah pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, usahawan Aliff Awang sering menjadi perhatian di media sosial.

Baru-baru ini, Fatin berkongsikan suaminya sanggup berbelanja lebih RM2,000 untuk barang-barang solekannya.

BACA: Tayang Love Bite Di Leher, Suami Fatin Afeefa Kata Lazat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Menerusi perkongsian video di TikTok itu, Fatin turut menitipkan pesanan buat isteri di luar sana supaya ‘mengikis’ duit suaminya sebelum orang lain berbuat demikian.

“Kalau bukan korang yang kikis semua ini, siapa lagi yang akan kikis. Jadi, buat para isteri di luar sana, kikislah suami anda sebelum orang lain kikis,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Fatin itu. Malah, ada yang menyifatkan Fatin seorang wanita bertuah kerana suami tidak kedekut dengan isteri.

Terdahulu, Fatin dan Aliff Awang bernikah pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.