Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsikan dia membawa 100 staf bercuti di Pulau Pinang sebagai lokasi percutian mereka pada tahun ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul Aming membawa stafnya menginap di hotel bertaraf lima bintang dan bilik menghadap laut.
BACA: Lepas Jumpa PM New Zealand, Khairul Aming Terus Kejar Flight Bawa 100 Staf Bercuti
View this post on Instagram
Bukan itu saja, semua kakitangan juga turut diberikan duit poket untuk membeli-belah serta melakukan aktiviti menarik sepanjang berada di sana.
Menurut Khairul Aming lagi, apa yang paling penting kesemua staf dapat berehat sepanjang percutian tersebut dan bercuti dengan gembira.
Perkongsian Khairul Aming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan usahawan itu dalam menghargai kakitangannya dan membuatkan ramia yang mahu bekerja dengannya.