Khai Bahar Syukur Sempat Bahagiakan Ibu, Tak Pernah Minta Benda Mahal

Selasa lalu, ibu kepada penyanyi Khai Bahar iaitu Rosnah Mohamad menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khai meluahkan rasa syukur sempat memberi kebahagiaan buat ibu tercinta ketika hayatnya.

BACA: Tak Beli Undi, Khai Bahar Menang Atas Kasih Sayang Peminat

Menurut Khai lagi, ibunya seorang yang sederhana dan tidak pernah meminta-minta benda yang mahal sebaliknya lebih gemar memakai barangan murah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

“Assalamualaikum, mak suka sangat bunga, bag, gelang, dulu masa susah mak teringin macam-macam, tapi duit tak ada, sekarang ada rezeki lebih Alhamdulillah sempat dapat bahagiakan mak walau sekejap, itu pon dia tak pernah minta benda mahal-mahal.

“Pernah beli gelang emas, bag mahal, dia tak pandai pakai , dia suka bag 10 ringgit sebab banyak colour and corak-corak, gelang pon dia suka yang 15 ringgit, pernah borong banyak-banyak bagi dia, happy sangat dia dapat, sayang mak dunia akhirat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khai berkata dia tidak sangka ibunya pergi meninggalkan mereka dan pergi dengan tenang tanpa sebarang tanda-tanda.

Bagaimanapun, Khai terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir dan bersyukur urusan perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar.

×