Kesungguhan Suami Pikat Hati, Syanie Sah Bergelar Isteri Kali Ketiga
Selepas setahun berkenalan, pelakon dan pelawak, Syanie Hisham selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati Zahiril Hafiz Mohammed Nor, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi tadi.
Dalam majlis serba ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, hanya mas kahwin diberikan dan tiada wang hantaran seperti disediakan.
BACA: Syanie Redha Terpaksa Buang Rahim, Kedua-Dua Ovari
“Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda termeterai ikatan. Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya,” katanya.
Syanie berkata dia dan suaminya yang merupakan perunding kewangan berhasrat untuk mengadakan majlis pada Ahad ini namun terpaksa ditunda susulan PKP.
Sudah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga, Syanie akui bukan mudah untuk membuka hati menerima lamaran hati, namun kesungguhan suami memikat hatinya.
“Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahiril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Jika diikutkan, Zahiril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir, belum masanya mencari pengganti.
“Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu ‘memancing’ saya,” katanya.
Syanie pernah berkahwin pada 1996 dan bercerai pada 2002. Manakala perkahwinan kedua pula pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian.
Alhamdullilah…selamat pengantin baru:)
Bagus bagus bagus , trend orang kawin mengejut …. Lepas ni sapa pulak ??
gemuk gemuk pun ada orang nak ekkkk….artis? berduit? cuba gemuk jual kuih tepi jalan ada x nk ngorat….tanyerr jeeee
KAHWIN LAH NAK… KAHWIN LAHHHH…
SAMPAI 7 MACAM ELIZABETH TAYLOR PUN TAKPER…. KAHWIN LAH NAK…
SELAMAT PENGANTIN BARUUUUUU BUAT KALI KETIGA….
SEMOGA BERKEKALAN…
INSHAA ALLAH…
gemuk gemuk pun ada orang nak ekkkk….artis? berduit? cuba gemuk jual kuih tepi jalan ada x nk ngorat….tanyerr jeeee
Betul tu…janda tak cantik dan obesiti pun ada orang nak sbb kaya berharta…
Cuba janda ada rupa tapi gemok anak berderet berlengas jual goreng pisang tepi jalan…agak agak ada orang nak tak??? Duda kat pej Zakat pun tak pandang…donia…donia.