Sudah beberapa kali menunaikan ibadah umrah, pelakon Puteri Sarah berkata peluang tersebut disifatkan sebagai daripada rezeki Allah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah turut menganggap Tanah Suci tempat ‘healing’ sambil beribadah dan juga bermuhasabah diri.
BACA: Puteri Sarah Tunai Umrah Seorang Diri, Ibu Syamsul Titip Pesanan
View this post on Instagram
Difahamkan, Puteri Sarah menjawab perkara berkenaan apabila ada pihak yang bertanya apabila melihatnya sering menunaikan umrah.
“Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je ? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri,” tulisnya.
Menurut Puteri Sarah lagi, ini kali pertama dia ke Tanah Suci seorang diri dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan.