fbpx

Kerap Kongsi Foto Anak Kedua, Abby Abadi Dituduh Pilih Kasih

Sering berkongsikan foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim berbanding foto anak-anaknya yang lain di akaun Instagram miliknya, ada yang mendakwa pelakon Abby Abadi bersikap pilih kasih.

Namun, Abby menjelaskan dia banyak berkongsikan foto Dania kerana baru-baru ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-15. Kata Abby lagi, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar bergaya di hadapan kamera.

BACA: Netizen Tak Senang Abby Abadi Bergurau Nak ‘Bersalam’ Dengan Norman Hakim

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram, Abby berkata dia melayan kesemua anak-anaknya sama rata tanpa ada beza. Malah, anak ketiganya itu mempunyai karakter berbeza dengan kakaknya dan tidak suka posing untuk bergambar.

“Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania je, yang sorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Satunya dah ni kebetulan birthday Dania, jadi banyaklah gambar dia. Pastu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, taknak dia posing macam kakaknya ni. Karakter berbeza.

“Tapi kalau setakat mengusik, buli yang kecik Daiyan Dayana Darda tu dialah orangnya ye. Tu nyorok photobomb camtu, itulah dia. Tapi suruh posing takmaunya.

“Takdanya saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata ja saya layan. Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati ja, walhal dah 8888 kali saya cerita,” katanya.

Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.