Penyanyi Syasya Rizal berkata dia bertindak memadam gambar-gambar lamanya dia media sosial tidak mencerminkan dirinya yang kini sudah berhijab.
Menjawab pertanyaan netizen di Instagram, Syasya berkata dia membuat keputusan untuk menutup aurat untuk menjadi muslimah lebih baik.
BACA: Suami Selalu Puji Syasya Rizal Cantik Berhijab
“Memanglah sayang (gambar lama) sebab semuanya simpan kenangan tersendiri. Tetapi foto-foto itu tidak mencerminkan diri saya yang sekarang. Keputusan saya menutup aurat adalah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Syasya mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah dan dia masih lagi dalam proses belajar selepas membuat keputusan untuk berhijab.
“Keputusan untuk berhijab dan menutup aurat bukan sesuatu yang mudah, sampai sekarang ada cabarannya. Saya masih belajar menutup aurat sebaik mungkin. Tapi sokongan suami, anak dan orang sekeliling menjadi kekuatan untuk saya istiqamah,” katanya.
SUMBER: Utusan