fbpx

Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM 24) Putrajaya

Oleh kerana lokasi Putrajaya International Convention Centre (PICC) ini mempunyai hubungan internet, mari buat live update –selagi termampu.

Setakat ini, persembahan boleh tahan bosan dengan penyanyi menyampaikan lagu lagu dari barisan filem aksi & seram yang membanjiri pawagam seluruh Malaysia selama setahun.

Doakan kami mampu bertahan sehingga ke akhir’nya kerana tugas membawakan senarai pemenang ini untuk anda semua — walaupun pengumuman pemenang sedikit berterabur.

UPDATE-1: Kami rasa setiap pemenang malam ini sepatutnya di’berikan slot untuk ucapan penghargaan — bukan hanya Filem Terbaik. Banyak masa di’habiskan oleh hos berleter panjang. Hmm.

Berikut merupakan senarai pemenang Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang kini sedang di’siarkan secara langsung menerusi Astro Prima. Enjoice!

Filem Box Office
KL Gangster – Skop Productions

Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Pertama – Sidik Hussein
Kedua – Filem Libas
Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
Keempat – Filem Janin

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster)

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri/Rizal Ashreff (KL Gangster)

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali (Libas)

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai (CUN)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan (KL Gangster)

Anugerah Khas Pencapaian Gemilang
Dato’ Michelle Yeoh

Filem Pilihan Penonton ASTRO
Kongsi (Metrowealth Pictures)

Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahreza a.k.a Eja (Janin)

Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Kongsi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dato’ Dr Jins Shamsuddin

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)