Umum mengetahui hangat diperkatakan gerakan Blockout2024 melibatkan selebriti dan pempengaruh media sosial yang mempromosikan barangan yang diboikot sehingga mereka hilang banyak pengikut di media sosial.

Malah, ramai artis yang yang tampil memberikan pendapat mereka mengenai gerakan tersebut termasuklah pelakon Azhar Sulaiman yang berpendapat artis yang lantang bersuara agar berpindah ke Palestin dan membantu orang disana.

BACA: Salah Lirik Lagu Raya, Azhar Sulaiman ‘Dedah’ Leona Ada Penyakit Keturunan

Azhar berpendapat negara itu bergolak disebabkan pejuang Palestin seolah memberikan lesen untuk zionos melancarkan serangan ke negara berkenaan.

“Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong H***s buat serangan pada 7 Oktober 2023 lalu, sila lah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang di sana.

“Jangan sedap mulut saja promosi dan sokong orang lain pergi berperang. Rakyat Gaza menderita dan kalian masih gembira meneruskan kehidupan dan bergerak ke hadapan (move on). Macam s*al,” katanya.

×