fbpx

Kenyataan Pertama Alyah Berkaitan Kes Samun Adik, Kesal Laporan Media

Bukan kami harapkan Alyah memberikan kenyataan dalam keadaan sebegini, namun kisah lebih baik kalau datang’nya daripada kedua dua belah pihak.

Hujung minggu lalu, pelbagai saluran media ada menyebut tentang kes samun seorang lelaki juga bergelar adik penyanyi terkenal dan laporan Buletin Utama mendedahkan penyanyi terkenal tersebut sebagai Alyah.

Pendedahan itu mendatangkan banyak kejutan dan juga reaksi daripada para peminat dan menerusi laman sosial Facebook & Twitter hari ini, Alyah buat pertama kali memberikan komen.

“Tahun ini ibu saya menyambut hari ibu dengan tangisan. Dihadiahkan dengan berita yang sangat menggemparkan keluarga. Diaibkan dengan lontaran menyebut nama saya. Saya redha,” tulis Alyah awal hari ini yang juga berkongsi video muzik terbaru beliau untuk Pesananmu di Facebook.

Kenyataan seterusnya daripada Alyah jelas menggambarkan yang beliau kesal dengan laporan media yang mengaitkan nama beliau terus dengan kes samun tersebut tanpa memikirkan implikasi buruk.

“Terima kasih kepada yang mengwar -war kan berita ini. Bayangkan bila hari ibu di sambut oleh ibu anda dengan tangisan dan jatuh kerana sakit menerima berita musibah. Apakah perasaan anda? Tidak termasuk kata kata dari orang kampung,” tambah Alyah lagi.