fbpx

Usia anak sulungnya kini berusia 3 bulan, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata dia tiada masalah untuk berkongsikan wajah Wan Khair Amir kepada umum.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Mira berkata dia akan berkongsikan wajah anaknya itu apabila tiba masanya nanti. Ujarnya, tiada sebab untuk sorok wajah anaknya kerana orang pasti akan melihat jika mereka berada di luar.

BACA: Mira Filzah Menangis Anak Tiga Bulan Positif Covid-19

“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak,” katanya.

Menurut Mira lagi, dia tidak menyangka akaun Instagram yang dibuat untuk anaknya kini sudah mencecah 50,000 pengikut meskipun hanya ada sekeping gambar sahaja.

“Buat masa ini, akaun itu tidak aktif pun dan cuma ada sekeping gambar. Saya saja buat dulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir.

“Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan di situ. Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami. Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Syawal lalu.