fbpx

Kenapa Marsha Milan Tak Menang Vokal Terbaik? Ini Kata Ketua Juri

Semalam, persembahan Marsha Milan mengejutkan ramai apabila rata-rata penonton tidak menyangka penyanyi itu mempunyai vokal yang sangat hebat.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Bagaimapun, Marsha terlepas menggangam trofi Vokal Terbaik apabila penyanyi Aina Abdul yang berjaya merangkulnya.

BACA: Tinggal Sekali Dengan Mentua, Marsha Tiada Masalah

Memetik Harian Metro, ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Datuk Mokhzani Ismail mengakui markah Marsha dan Aina sangat rapat.

“Jeritan penonton, tidak membantu (markah). Antara Aina dengan Marsha, perbezaan markah mereka sangat tipis. Tapi, kita (juri) menilai dari semua sudut nyanyian.

“Walaupun ramai penonton menjerit, tapi telinga kami lebih peka dengan teknik nyanyian. Terima kasih juga kepada Datuk Syafinaz Selamat yang banyak membantu dari sudut itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhzani berkata teknik vokal perlu dilihat dengan secara meluas apatah lagi malam tadi hampir semua menyanyi memberikan persembahan terbaik.

“Ia bukan sekadar melontar vokal, tapi lebih luas dari itu. Tidak syak lagi, hampir semua penyanyi sudah memberikan persembahan terbaik. Contohnya, Khai Bahar dan Aina, mereka adalah pasangan yang serasi.

“Harmoni mereka sangat sebati dan terasa di jiwa. Namun, apabila kita nilai dari semua sudut, untuk vokal terbaik ia berpihak kepada Aina dan sedikit lebihan markah daripada Marsha,” katanya.