fbpx

Kenapa Hafiz Suip Sorok Kekasih Baru?

Ya, soalan kami yang juga merupakan tajuk artikel ini memang sangat joyah tiada kerja lain sifat’nya. Dan, sebenarnya bukan kami sahaja yang hairan dengan sikap Hafiz Suip.

Awal bulan yang lalu, kami ada menyiarkan gambar sambutan hari lahir untuk seorang gadis yang di’dakwa sumber sebagai kekasih baru pelantun lagu Muara Kasih itu.

Akan tetapi, Hafiz Suip menafikan yang beliau sudah menemui pengganti Adira selain tidak mahu dedahkan identiti sebenar gadis baru yang di’kaitkan dengan diri beliau ketika ini.

Ruangan gossip Harian Metro hari ini melaporkan yang baru baru ini ada peminat yang telah terserempak dengan pasangan kekasih ini di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Mereka berdua di’khabarkan sangat mesra bersama seolah olah tidak pedulikan mata peminat yang memerhati gelagat mereka. Mesra tahap bagaimana tidak pula di’ceritakan.

Yang pasti, segelintir peminat sudah tertanya tanya kenapa Hafiz Suip ingin bermain tarik tali dengan semua akan status sebenar gadis tersebut dalam hidup beliau. Atau mungkin ini permintaan gadis itu sendiri yang tidak mahu terdedah dengan dunia ‘jahat’ gossip tempatan. Heh.