fbpx

Jika anda peminat tegar filem trilogi peik The Matrix, anda pasti kenal dengan penciptanya iaitu Lana dan Andy Wachowski (yang selalu dikenali sebagai Wachowski sibling di Hollywood). Filem Jupiter Ascending merupakan filem asli pertama arahan mereka selepas The Matrix.

Ketika rakan rakan seperjuangan lain sibuk dengan filem bikin semula atau adaptasi novel popular, Jupiter Ascending merupakan nafas baru buat para peminat yang mahukan sesuatu yang asli dan tidak dipengaruhi oleh idea massa ketika ini.

Dari apa yang kami lihat setakat ini, Jupiter Ascending memang sebuah filem yang penuh dengan karakter baru dari dunia yang sangat berbeza direka dengan teknologi terkini dan kesan khas 3D.

Berdasarkan trailer terkini yang diterbitkan untuk tatapan kita semua, Jupiter Ascending ini nampak mempunyai potensi besar untuk menjadi sesuatu yang istimewa di hati peminat perfileman dunia. Juga berpotensi menjadi francais sebesar Star Wars atau Guardians of the Galaxy.

Okay mungkin perbandingan dengan dua francais filem tersebut terlalu besar namun jika ianya mampu menyaingi kejayaan The Matrix pun sudah memadai — lagi pun ianya hasil dari tangan yang sama bukan. Tinggi juga harapan kami untuk filem ini.

JUPITER ASCENDING

Jupiter Ascending mengisahkan rakyat marhaen Bumi bernama Jupiter Jones (lakonan Mila Kunis) yang tiba tiba mengetahui dirinya seorang waris kepada kerajaan diraja makhluk angkasa lepas, House of Abrasax dan Channing Tatum berlakon sebagai pasangan Mila Kunis.

Watak Channing Tatum merupakan makhluk hybrid serigala dan manusia menambahkan lagi keistimewaan filem ini dengan variasi watak. Banyak lagi sebenarnya watak menarik lain termasuk Sean Bean yang dikatakan hybrid lebah dan manusia. I know right?

JUPITER ASCENDING

Berdasarkan trailer dan gambar yang diberikan kepada semua media juga, Jupiter Ascending bakal menjadi filem epik klasik yang penuh dengan set menarik juga pilihan kostum yang ada kemungkinan menjadi ikutan dunia perfileman selepas ini.

JUPITER ASCENDING

Kami teruja untuk melihat filem ini di layar besar dan menyaksikan aksi Mila Kunis, Channing Tatum dan ramai lagi barisan pelakon hebat dalam filem yang pasti penuh dengan aksi perang angkasa yang mengkagumkan garapan pencipta trilogi The Matrix, Lana dan Andy Wachowski ini. Jupiter Ascending di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Februari 2015 ini.