fbpx

Kenangan Mengusik Jiwa Betul! Jom Tengok List Ini

Dalam hidup, ada beberapa perkara yang kita tak boleh lupa. Salah satunya kata laluan untuk komputer peribadi atau e-mel. Mungkin juga ianya sesuatu yang harus diingat demi menjaga keharmonian hidup. Contohnya, tarikh ulang tahun perkahwinan. Kalau terlupa, mungkin terpaksa tidur di ruang tamu!

Tapi, kita selalunya akan mengingati kenangan atau pengalaman yang indah. Ya lah, kalau pengalaman itu positif, ia akan beri impak yang lebih mendalam. Kita akan ingat sampai bila-bila! Apa kata kita lihat antara pengalaman mantap yang tak boleh kita lupakan?

1. Bermain dengan kawan-kawan di zaman kanak-kanak

Bila dah dewasa, mesti selalu teringat pengalaman masa kecil. Terasa bebas betul! Tak kira lah duduk di bandar atau di kampung, mesti kita ada memori bermain dengan kawan-kawan. Kadang-kadang, dari pagi ke petang pun boleh, tanpa rasa penat. Kalau boleh, mesti ramai yang kembali ke zaman kanak-kanak kan?

2. Kenangan di Sekolah Menengah atau Universiti

Masa inilah kita baru nak mengenal dunia. Banyak pengalaman kali pertama yang mula mengajar kita untuk dewasa. Sekali-sekala, mesti rindu belajar sama-sama, buat tugasan berkumpulan, berborak sampai malam. Walaupun ada tekanan untuk cemerlang dalam peperiksaan, semuanya mempersiapkan kita untuk menghadapi cabaran dunia sebenar.

3. Kerja pertama dan pertama kali dapat gaji

Memang susah nak lupa kerja pertama kita. Perasaan gembira sebab boleh cari rezeki sendiri, bercampur dengan rasa takut buat silap di tempat kerja. Seronok pula kalau dapat rakan sekerja yang rapat. Belum dapat gaji, dah fikir nak berbelanja. Bila periksa akaun bank dan tengok gaji dah masuk, syoknya!

4. Keseronokan menggunakan Kad Debit Maybank

Yang ini, #ytjt. Yang tahu je tahu betapa senangnya gunakan Kad Debit Maybank. Boleh beli-belah di macam-macam kedai di seluruh dunia yang menerima Visa dan Mastercard®. Boleh bayar bil dan pindahkan wang ke akaun lain.

Tambahan lagi, tak ada caj pembiayaan dan caj lewat. Kawal perbelanjaan pun senang dengan Maybank2u. Kad ini cukup memudahkan dan cukup sesuai untuk kegunaan sehari-hari.

Malah, boleh digunakan untuk isi petrol di Shell untuk menangi Pulangan Tunai sehingga RM10,000. Walaupun musim Raya sudah berlalu Ahli Kad Debit Maybank masih berpeluang memenangi hadiah Raya bernilai sehingga RM2,000 tau! Syoknya!

Bagi Ahli Kad Debit Maybank tu, ada satu lagi perkara yang anda tak boleh lupa! Jangan lupa untuk tukar Kad Debit Maybank anda jika kad anda hampir tamat tempoh sahnya.

Ada beberapa cara untuk anda tukar Kad Debit Maybank anda. Anda boleh lakukannya melalui Maybank2u dengan mengikut langkah-langkah ini:

Ataupun anda boleh ke Kiosk Penggantian Kad Debit Maybank di cawangan Maybank terpilih. Segera dan percuma untuk buat penggantian kad debit!

Anda juga boleh ke mana-mana cawangan Maybank untuk urusan penggantian kad debit! Senang saja cara untuk dapatkan kad debit yang baharu! Jadi, jangan lupa!

Untuk maklumat lanjut, layari https://maybank.my/debitrenewal.