fbpx

Kempen Pink Ribbon Estée Lauder Masuk Tahun Ke 20, Teruskan Tradisi

Sekitar 1992, ketika masalah kanser payudara seakan masih taboo di’kalangan masyarakat, Evelyn H. Lauder melalui Estée Lauder Companies melancarkan program kesedaran kanser payudara & aktif mencari dana untuk membiayai penyelidikan penyakit berbahaya untuk wanita ini.

Hari ini selepas memasuki 20 tahun, Estée Lauder Companies meneruskan legasi mendidik wanita seluruh dunia menjaga kesihatan payudara selain mengadakan pelbagai aktiviti untuk di’salurkan ke badan penyelidikan berwajib seluruh dunia.

Dengan tema Courage. Believe in a world without breast cancer. Know we’re here until it’s true, Malaysia tidak terkecuali untuk syarikat kosmetik terkemuka ini menganjurkan aktiviti mereka.

Jalan Kaki Amal Pink Ribbon & Landmark Illumination

Program berjalan kaki untuk amal Pink Ribbon anjuran Estée Lauder akan berlangsung pada 29 September 2012 ini di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur bermula jam 4.00 petang.

Di’jangka 2,000 orang peserta akan menyertai program berjalan sejauh 3.5KM ini & anda juga boleh menyertai dengan hanya RM50 yang akan di’salurkan 100% ke badan kebajikan.

Menariknya, bangunan Pusat Sains Negara akan di’limpahi cahaya merah jambu sebagai tanda kempen Pink Ribbon Estée Lauder. Berminat? Daftarkan diri anda di sekarang!

Program Tajaan Pemeriksaan Mammogram

Sebagai salah satu rangka mendidik wanita menjaga kesihatan payudara mereka, Estée Lauder akan bekerjasama rapat dengan Malaysia?s National Cancer Society and the College of Radiology in the Mammogram Sponsorship Programme untuk melawat kawasan luar bandar & miskin.

Pakar yang berkaitan akan hadir untuk mendidik wanita di’kawasan tersebut tentang penjagaan asas & kanser payudara selain menyediakan pengangkutan ke hospital berdekatan untuk mereka menerima pemeriksaaan mammogram secara percuma.

Anda di’galakkan untuk membantu dengan menyumbang RM50 untuk program ini di’mana Estée Lauder akan menyumbangkan jumlah yang sama untuk setiap sumbangan. Anda boleh membuat sumbangan di mana mana kaunter Estée Lauder bertempat di Parkson seluruh negara sehingga 31 Oktober 2012.

Barangan Eksklusif Merah Jambu Estée Lauder

Ini sesuatu yang boleh anda simpan sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran kanser payudara Estée Lauder tahun ini, set barangan eksklusif merah jambu yang di’keluarkan khas untuk menyokong kempen & 100% hasil jualan akan di’salurkan ke badan kebajikan yang berkaitan.

Estée Lauder Evelyn Lauder and Elizabeth Hurley Dream Lip Collection (RM100) – Eksklusif di’kaunter jualan Estée Lauder bertempat di Parkson seluruh Malaysia.

Bobbi Brown Pink Peony Set Illuminating Bronzing Powder (RM165) – Boleh di’dapati di’rangkaian Bobbi Brown seluruh Malaysia. Dedikasi khas buat Evelyn H. Lauder untuk legasi beliau.

(1) Belanja minima RM1,000 di BCBGMAXAZRIA & anda akan menerima cermin mata bergaya edisi khas ‘Courage’ bersempena kempen Pink Ribbon Estée Lauder.

(2) Selberan berbesar hati mengeluarkan rekaan eksklusif Selberan Pink Ribbon yang berupa rantai leher dengan enamel merah jambu berharag RM380 atau rekaan mewah dengan emas putih 18K (RM1.650) & juga emas 18K pada harga RM1,550 dan di’jual di butik Selberan sehingga hujung Oktober 2012.

Jadi, pilih cara anda sendiri untuk melibatkan diri dengan kempen kesedaran kanser payudara Estée Lauder tahun ini sekaligus membantu misi mereka untuk melihat dunia tanpa kanser payudara.