fbpx

“Keluarga Ramai Kakitangan Kerajaan, Mungkin Saya Saja Sedikit Poyo”

Semalam, penyanyi Caprice tampil membuat permohonan maaf kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai kanan polis yang terbabit dengan kematian seorang pelajar.

Menurut Caprice, kenyataannya itu hanya ditujukan kepada suspek kes berkenaan dan tidak merujuk kepada seluruh anggota PDRM.

BACA: Caprice Upah Bodyguard Jaga Mondy Di Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Memetik Utusan Online, Caprice mengakui dia terlalu bersemangat dalam hak kebebasan bersuara sehingga terlupa ramai ahli keluarganya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

“Tiada kaitan dengan pasukan biru lain, kritikan hanya pada individu terbabit saja. Bagi mereka yang mungkin tak tahu, keluarga saya pun ramai yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Bapa saudara saya juga pernah galas jawatan sebagai bekas Ketua Polis Kelantan sekitar 2003.

“Saudara mara saya pun ada yang merupakan askar, tentera laut, jadi akar umbi saya memang ramai yang kakitangan kerajaan. Mungkin saya saja yang terlebih poyo.

“Namun saya faham selepas ini kena kurangkan melaga-lagakan isu tersebut sebab ia boleh mencemarkan imej PDRM,”katanya.

Dalam pada itu, Caprice berkata bukan sahaja anggota malah orang awam juga perlu menjaga nama baik PDRM serta berhati-hati dalam memuat naik kenyataan.

“Kita sebagai orang awam juga harus bertanggungjawab menjaga nama baik PDRM. Baru-baru ini pun, Ketua Polis Negara telah buat satu kenyataan yang menekankan bahawa kita semua kena jaga integriti PDRM.

“Ia menunjukkan bahawa Ketua Polis Negara juga mengambil berat mengenai isu ini dan kita semua termasuk saya kena berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan atau bahan kandungan di media sosial,”katanya.

Semalam, Caprice hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 12.30 tengah hari bagi membantu memberi keterangan.