fbpx

Kelab Peminat Sangkal Dakwaan Zul Ariffin Dah Kahwin

Baru-baru ini tular beberapa video memaparkan kemesraan pelakon Zul Ariffin dengan pelakon cantik Ruhainies sehingga ada yang beranggapan mereka sudah berkahwin secara senyap-senyap.

Bagaimanapun, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan bahawa pelakon berbadan sasa itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita

BACA: Zul Ariffin Pegang Muka Ruhainies, Netizen Tanya Kata Dah Tak Nak Sentuh Perempuan?

Tidak mahu artis kesayangan mereka dipandang serong, ZAFC menerusi sebuah perkongsian di Instagram memberikan pencerahan mengenai dakwaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZA.FC (@zulariffinfc)

“Seperti mana yang ramai tahu, kami di ZAFC jarang bersuara mengenai sebarang gosip yang bertebaran tetapi tidak kali ini. Kami sedar ada beberapa berita hangat tentang Zul yang melibatkan beberapa buah video yang telah dimuatnaik oleh sesetengah pihak.

“Ingin kami jelaskan, bahawa Zul masih lagi bujang dan belum bernikah dengan sesiapa,” katanya.

Dalam pda itu, ZAFC turut meminta orang ramai untuk berhenti daripada terus menyebarkan cerita yang tidak benar serta menyifatkan dakwaan tular itu hanya gosip murahan.

“Beliau berkawan dengan ramai pihak dan kami amat berharap agar pihak di luar sana berhenti menguar-uarkan cerita termasuklah gosip murahan hanya untuk meraih perhatian.

“Kami sarankan agar anda gunakan masa dan kuasa media anda untuk perkara yang lebih bermanfaat. Selain itu, kami juga tidak sempurna dan begitu juga Zul.

“ZAFC juga tiada niat untuk memalukan sesiapa tetapi marilah sama-sama jadikan medan media ini sebagai wadah untuk saling mendukung antara satu sama lain,” tulisnya.