fbpx

Kekasih Sudah ‘Terbuka’ Kongsi Foto Mira Filzah?

Semua mengetahui bahawa sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan timbul spekulasi pelakon cantik itu sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar.

Identiti jejaka itu diketahui ramai apabila tampil bersama Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah awal Januari lalu. Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.

BACA: “Selagi Tak Keluar Dari Mulut Saya, Jangan Buat Andaian”

Bagaimanapun, Mira menafikan perkara itu dan memberitahu bahawa dia akan mendedahkan perkata itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

Nampaknya baru-baru ini, jejaka tersebut iaitu Wan Emir dilihat semakin ‘terbuka’ mengenai perhubungan mereka. Menerusi entri terbaru di Instagram, Emir berkongsi sebuah coretan istimewa ditujukan khas kepada semua wanita.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah foto yang dimuat naik yang dikatakan mirip Mira Filzah. Meskipun foto itu tidak jelas, namun rata-rata netizen yakin bahawa wanita berkenaan adalah Mira.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.