fbpx

Kekasih Rancang Nikah Tasha Shilla Tahun Ini

Berita baik buat peminat Tasha Shila kerana kekasih hati beliau Han mengesahkan sendiri bahawa dia ingin mengikat ikatan yang sah bersama pelakon tersebut pada tahun ini.

BACA: Dituduh Jadi Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Ke Stesen TV

“Saya merancang untuk mengahwininya tak lama lagi. Harapnya tahun ini juga. Saya harap dan percaya kontroversi liar mengaitkan dirinya akan berakhir andai kami berkahwin”

“Tetapi sebelum itu kontroversi yang terjadi ini perlu dihentikan. saya menyokong penuh usaha dia membersihkan nama ini,” kata Han yang sudah tiga tahun bercinta dengan Tasha kepada Berita Harian.

Sementara itu, bagi pihak Tasha pula, niat mereka berkahwin bukan bertujuan menutup kontroversi liar dan gosip murahan, sebaliknya bertujuan menghalalkan perhubungan mereka. Baguslah jika mereka sudah ada niat, kami jamin ramai peminat di luar sana mendoakan yang terbaik buat pasangan ini (rtky/syfq)