fbpx

Kejayaan Besar Di Pawagam & Ombak Rindu Bakal Jadi Drama Bersiri Astro

Malaysia masih di’landa demam Ombak Rindu dan tidak mustahil fenomena ini akan berlarutan berminggu minggu lama’nya.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Beritahu kami hati mana yang tidak di’runtun sedih melihat kisah percintaan epik Izzah & Hariz melalui filem Ombak Rindu.

Rata rata peminat yang kami temui berkata mereka akan sekurang kurang’nya menonton filem arahan Osman Ali ini dua kali kerana sudah jatuh hati dengan jalan cerita Ombak Rindu.

Perkembangan terbaru mengesahkan yang filem adaptasi novel ini sudah berjaya mengaut RM4 juta selepas empat hari tayangan yang merupakan satu pencapaian yang sangat boleh di’banggakan untuk sebuah filem Melayu.

Ekoran itu, pengarah Osman Ali bercadang untuk membawa karya kegemaran ramai ini sebagai drama bersiri di kaca televisyen.

“Perbincangan telah dilakukan dengan pihak Astro dan berkemungkinan besar ia akan dibuat sebagai drama bersiri tetapi ianya masih di peringkat perbincangan,” ujar Osman Ali kepada mStar Online.

Kalau idea membawa Ombak Rindu ke format drama bersiri menjadi kenyataan, alangkah indahnya pelakon asal iaitu Maya Karin, Aaron Aziz & Lisa Surihani kekal menjadi tunjang utama.