“Kehilangan Itu Sangat Sakit, Saya Ubah Banyak Perkara Demi Emma” 

Pelakon Emma Maembong berkongsikan detik awal perkenalannya dengan kekasih, DJ Kidd ketika sesi siaran langsung baru-baru ini.Berita pelakon

Menurut Emma, perkenalannya dengan DJ Kidd di set penggambaran menerusi seorang rakan dan mengajak untuk lepak bersama.

BACA: “Dulu DJ Kidd Cepat Melenting, Sekarang Dah Matang” 

Sementara itu, Emma berkata di awal perkenalan DJ Kidd seorang yang mudah melenting namun kini sudah berubah. Malah, Emma berkata dia menerima banyak sokongan daripada mereka yang menjalin hubungan cinta dengan pasangan usia jarak jauh.

“Dulu masa kenal, dia cepat melenting. Sekarang tak dah. Ramai yang bercinta umur jarak jauh, kakak-kakak dalam ni sokong saya.

“Dengan yang muda ni kita kena banyak mengalah. Kita melayan. Sekarang kita pula macam budak-budak, dia pula yang matang,”katanya.

Dalam pada itu, DJ Kidd berkata selepas melalui pengalaman kehilangan dia dan Emma perbaiki perhubungan serta selesaikan dengan baik jika ada perselisihan faham.

“Dulu saya kuat melenting, kurang hargai. Saya sedar kehilangan itu sangat sakit. Saya ubah semuanya untuk Emma. Kami perbaiki. Kalau gaduh jangan keluarkan kenyataan, jangan block dan kita perbaiki,” katanya.

×