Baru-baru ini, nama bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Kefli menjadi perhatian ramai selepas ada netizen yang terkejut apabila mengetahui penyanyi itu kini menjadi pengantar makanan.
Memetik laporan mStar, Kefli atau nama sebenarnya Mohamed Zulkefli berkata dia sudah setahun menjadi penghantar makanan untuk menyara keluarganya.
Menjana pendapatan dengan menjadi penghantar makanan, Kefli berkata dia mempunyai seuah gerai makan Prapp Corner di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sejak 10 tahun lalu.
“Sekarang ni saya berniaga di Prapp Corcer, dah lebih 10 tahun di sini. Bisnes agak perlahan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, saya pun buatlah apa yang patut untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi penghantar makanan. Saya dah biasa bawa motor, jadi memang tidak kekok nak lakukan pekerjaan macam ini,” katanya.
Tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukannya itu, Kefli turut meminta mereka di luar sana tidak menyifatkan pekerjaan sebagai penghantar makanan itu satu kegagalan.
“Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga. Kalau jumpa saya hantar makanan janganlah sampai terkejut, macam mana pula dengan perasaan rider yang lain?
“Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap saaja menjadi penghantar makanan ini sama seperti pekerjaan lain di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, Kefli berkata dia masih berminat untuk beraksi semula dalam industri seni dan merancang menghasilkan sebuah single, namun akui semakin banyak persaingan.
Baru-baru ini,