fbpx

KB Mall Runtuh: Kereta Mengundur, Jatuh Atas Eskelator, Seorang Mati

Ini kejadian yang baru sahaja berlaku & terima kasih kepada Twitter yang menyebarkan berita ini sepantas kilat.

Sebuah kereta Satria kuning bernombor plat Selangor (BCL 3210) di’katakan hilang kawalan apabila mengundur & melanggar dinding.

Pelanggaran yang berlaku di’rooftop itu mengakibatkan kereta tersebut jatuh ke salah satu tangga bergerak dalam KB Mall & mengakibatkan satu kematian dan tiga kecederaan.

Kemaskini (2132hrs) : Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

Sebarang perkembangan akan kami updatekan terus ke’sini. Whoosh! Terima kasih Lee Kum Chuan & @flisterz.