fbpx

“Kaya Tapi Setia, Lelaki Sengkek Sibuk Cari Betina Lain”

Bukan mudah untuk berjaya dan boleh dikatakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sering menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana untuk sukses dalam dunia perniagaan sama sepertinya.

Sememangnya kekayaan Aliff Syukri tidak dapat disangkal lagi apabila memiliki rumah bernilai RM32 juta dan baru-baru ini beliau membelanjakan sehingga ribu ringgit untuk para pekerjanya.

BACA: Hadiahkan Isteri RM5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan

Jika diikutkan, Aliff Syukri terlebih daripada mampu jika dia mahu beristeri empat, namun ramai yang mengagumi pengasas D’herbs ini yang tetap setia pada isterinya.

Baru-baru ini, Aliff Syukri ada menyatakan akan menghadiah RM5 juta kepada isterinya jika melahirkan dua lagi cahaya mata perempuan. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memuji sikap Aliff Syukri yang sentiasa menghargai isteri.

Malah netizen turut mengatakan Aliff tetap setia dengan isteri walaupun dilimpahi dengan kemewahan dan mungkin kerana itu hidupnya sentiasa dimurahkan rezeki. Kata netizen lagi, ini barulah contoh seorang lelaki dan suami yang baik.

Bertuah Datin Nurshahida dapat suami seperti Aliff Syukri. Semoga rumah tangga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.