KAX, Teman Baik Selebriti Kini Boleh Jadi BFF Anda Pula!
Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.
Kami sendiri tertanya tanya apakah sebenarnya Kax ini dan melalui apa yang kami tahu, Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun.
Ini Nad Zainal bersama Kax bernama Dolly yang kami pasti karakternya sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya.
Buat Nad Zainal, Dolly memang teman baik yang memahami — lihat sahaja mimik wajah mereka, boleh kelihatan serupa. Heh.
Untuk Najwa Latif pula, Kax bernama Peachy ini menjadi pilihan beliau untuk bergelar BFF kerana perwatakan yang senyap dan tidak suka kecoh namun suka membiarkan kejayaan menjadi ‘jurucakap’.
Peachy juga khabarnya satu karakter yang mampu bertegas jika keadaan memerlukan, satu sifat positif yang dikongsi Najwa Latif. Seorang lagi selebriti yang memilih Peachy adalah Qi Razali.
Ahli perniagaan dan juga selebriti berjaya seperti Fizo Omar pastinya mahukan Kax seperti Foxy kerana ianya tahu dengan jelas apa yang dimahukan dalam hidup — ciri positif seorang yang mahu berjaya dan anda tidak akan mahu menjadi penghalang kepada keinginan mereka. Bahaya!
Jika anda mencari BFF sebagai teman untuk berjaya setiap hari, Foxy yang juga menjadi pilihan Iqram Dinzly, Hanis Zalikha dan Erin Malik ini pasti menjadi pilihan. Kita semua perlukan BFF begini.
Tetapi …
Di mana kita semua boleh dapatkan patung comel Kax ini kerana maklumat yang berjaya kami temui hanya memberikan laman web rasmi Kax di www.kax.com.my dan ya, kami sendiri masih mencari.
Di sana anda boleh mengetahui kesemua lapan karakter Kax yang bakal (sudah?) berada di pasaran kini dan kami juga bakal berusaha mengumpul kesemuanya kerana terlalu comel dan bersifat positif untuk dilepaskan sebagai BFF.
Sebentar, apa yang kami jumpa juga sebenarnya agak mengejutkan. Ada beberapa edisi khas Kax sudah mula dijual di laman web eBay dengan harga yang sangat eksklusif. Boleh menangis mahu pecahkan tabung untuk beli. Sila maklumkan kepada kami jika jumpa yang lebih murah.
Kax yang mana akan menjadi pilihan anda untuk bergelar teman baik atau BFF sepanjang masa?
aku macam….ehhhh…patung jew kot.
men patung la pulak..ikut ikutan….biase laa…skrg je ni…2 3 bulan lg tpontang panting la patung tuu…alahaii…ade2 je..nk suh org ikut..
pelik manusia zaman skrg..dah xder kerja lain ker dgn patung pun jd BFF..Kalau bw al quran kehulu kehilir lagi byk manafaatnya..
Kan..? Kalo bwk tasbih kmana utk jd kn bff xpe lah.ni patung? Lepas tu manusia2 biase pun ikut laaaa..modal patung n fon..amik gmbar dgn patung masuk tenet pastu tunjuk org “aku pun de” alahaiii boring nye artis malaysia ni.
NI SEMUAAAAA POYOOOOOOO
ko x rase ke retis2 kat atas ni di bayar utk promote PATONG BODOH ni!
alahai retis2 Mulaysia ni pun bukan ada otak pon!
drpd ke hulu hilir bawak patung baik ko sembah je patung tu mcm berhala dik!
Nak beli satu lah utk anak…aku tak main aaa patung2 ni..bff aku my lovely husband la…apa ke heee la layan patung yg xdek jiwa tuh..
eee tak lame lg penuh lah ig dgn gambar2 bodo gini..
pegi gym pon nak bawak… pegi toilet tu si kax ni teman sekali tak?
ah bangang lah!
Pndai bercakap ke kartun tu?pndai x dia bg nasihat masa kte menangis?pandai x dia tenangkan kte masa kita dlm masalah..seriously,tak..drpda aku kwn ngan kartun,baik aku kwn ngan BFF aku(manusia la)..masa aku nangis,dia bg tisu,masa aku susah,dia tlg aku..masa aku sedih,dia bg nasihat..i love my human BFF..;)
stupid doll .. for stupid peo…ple.
muka buruk mcm aku ni…mana nak nak dpt cari sponsor…nak jd promoter patung pun tak laku…dah nasib ku….
ape mahal bebeno patung nye? baik bwt blnje brg dapur..barang anak..pampes ke..susu ke..hish..membazir la
gila lah.. apa kejadahnya bawa patung ke hulu ke hilir? perempuan satu hal. yg lelaki pulak? fizo tak cukup ke usung isteri sana sini? lainlah dafi ngan iqram dorg tu aww aww.. tak macho giler bawa patung. semua tmpat diorang bawak. kat toilet pun bawak sebab patung ni tolong cucikan diorang
Aku tgk xde la kiut mane pun patong tu. Lebey je artis2 ni. Nk glamer punye psl. Patong bodow pun nk bwk kmana2. Nnt berak, patong tu tukang selet bontot dorg ke? Hadoiiiiiii
Saman Semarang dah Ikut Macam zaman jahiliah Balik. Banyak dah sembah patung
aku rasalah , yang ada or beli patung ni tu mesti forever alone .
kesian . hahahaha
kesiannya, lone ranger ke takde kawan sampai patung jadi bff.. kes kes kes.. kelakor retis mesia ni!
patung bodoh je kot.apahal trending sgt.habis comel lah.yg lelaki tu geli je.acah2 jambu konon.alaa trend ni kjap je sma gak artis2 sibuk nk bergopro tmbah2 si awal dgn scha mnyampah aku.
chop! ape kelebihan patung ni eh? cm konpius sket smpai sggup beli ratus2..
nak tiru paris Hilton la tu,tp paris bwa haiwan peliharaan..seedy nengok retis skrg!
Ini semua berhala!
Eeeee tak comel langsung patung tu huduh tahap dewa
mende ni? Xde motif dan x berfaedah langsung. Hadui xpyah la mundurkan lagi pemikiran tu..bff pebenda tu?
buruk siot patung nie, lebih baik patung maskot sotong cimb yang aku dapat free masa bukak akaun. Guna artis IQ tahap sekolah tadika jadi model boleh lah? kenapalah artis2 malaysia nie suka sgt jadi model untuk benda2 yang merendah2kan status mereka….
Promotional stunt paling bangang pernah aku tgk..yg retis sendu nk jugak promo bende buruk ni pun aku tak paham…mampos pi la KAX tu..kalau aku jumpa aku flush lam jamban awam trus, pastu jamban sumbat…
Mahalnya.Erm x mampu la nak beli
Rupa-rupanya FREE je. Boleh dapat kalu langgan Xpax. Cute jugak :)
Mahal? Xpax bagi percuma la. Tengok kat website diaorg
OMG, CUTE nya!! :3
Kelebihan? kax ni comel la, dah la percuma!
comel lembu ko..ni tibe2 puji ni mesti pkerja celcom@kax
cm najisje aku tgok patungni
kepala hotak mung…bodo nate ni…ini la kja org yahudi….apala bdo sngt retis ni…d byaq pon…xyahla buat….sngup wat untk duit ka?ishhh…xpkir dosaa untk ssatkn org islm….wlaupn thu ataw x….
mcm ni la fkirn org islam….dok pkir hbih2 nate ni haram dlm islm…ptung x bole….
Bodohnya Celcom..
Bagi TOKE Iklan2 KOMISYEN BERJUTA2 YG tak ada FAEDAH kepada pelanggan..
KAX mengarut apa tu..
Dah tukar U Mobile..