Nampaknya kemelut rumah tangga Shuk Sahar hangat diperkatakan apabila bekas isterinya, Fara Salleh dilihat memuat naik hantaran berkenaan pelawak itu.
Menerusi hantaran di Insta Story, Fara mendakwa bekas suaminya itu melanggan wanita menerusi aplikasi Telegram serta memanggilnya perempuan murah.
BACA: Shuk Sahar Cerai Isteri Talak Satu Melalui Panggilan Telefon Di Siam
“Kau asyik panggil aku pelacur perempuan murah sebab kau sendiri langgan betina tu dalam telegram! Ilusi sampai takut dengan bayang bayang sendiri
“Meh sini kau buktikan pada semua netizen kalau aku pernah menjual diri menjual badan seperti mana kau pernah cakap aku ada video dalam telegram dengan kawan kau,” tulisnya.
Lebih mengejutkan, Fara turut memuat naik mesej perbualan mesej Shuk bersama seorang wanita didakwa berstatus isteri orang.
“Ke sebab kau busy melayan bini orang sampai lupa tanggungjawab kau? Sebab seronok atau kesunyian time single kan, sampai bini orang pun kau layan,” tulisnya.
Sementara itu, Fara turut hilang sabar dengan sikap bekas suaminya kerana dalam sarat hamil dia menguruskan hal mahkamah sendiri.
Pada April lalu, Shuk menceraikan isterinya talak satu melalui panggilan telefon. Difahamkan, panggilan itu didakwa dibuat Shuk Sahar bersama sebuah agensi pernikahan di Thailand.