fbpx

Katy Perry Akan Jayakan Konsert Ulangtahun Lazada

Siapa tidak kenal dengan Lazada, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara ni kan? Hari ini mereka mengumumkan senarai bintang-bintang yang bakal membarisi Lazada Super Party, konsert maya yang bakal disiarkan secara langsung ke enam negara pada 26 Mac ini! Konsert ni turut meraikan sambutan ulang tahun mereka yang ke sembilan.

Bintang Utama Konsert

Penyanyi dan penulis lirik global yang telah memenangi pelbagai anugerah, Katy Perry dan kumpulan remaja nombor satu Korea, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama konsert Lazada Super Party tahun ini. Fuh padu gais.


Konsert yang padat dengan aktiviti Membeli-belah Sambil Berhibur itu turut menampilkan bintang-bintang popular tempatan seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan banyak lagi.

Anda juga bakal dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik lagi mengujakan sambil menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada yang akan berlangsung pada tengah malam 27 Mac ini.

Bukan itu jer, anda di seluruh Malaysia boleh mengikuti konsert eksklusif Super Party melalui saluran penstriman secara langsung di dalam aplikasi LazLive milik Lazada, serta di rangkaian penyiaran tempatan Astro Ria, TV3 dan platform media sosial.

Meraikan Petugas Barisan Hadapan

Konsert yang bertemakan ‘Everyday Heroes’ ini bukan sahaja diadakan bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus di sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ni jer, tetapi turut mengetengahkan pengorbanan individu di dalam masyarakat kita yang telah banyak menyentuh kehidupan orang ramai di sekeliling mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Chun Li berkata, “Lazada telah berkembang menjadi sebuah platform e-Dagang yang mantap kerana sokongan padu dan keyakinan yang diberikan oleh para penjual, jenama, pelanggan dan rakan kongsi kami selama ini.”

“Sambil kita meraikan ulang tahun ke sembilan Lazada, kami juga ingin mengiktiraf impak positif yang dilakukan oleh setiap individu di dalam komuniti kita.”

“Kami amat berbesar hati kerana dapat terus menetapkan penanda aras bagi industri e-Dagang, dengan memacu para usahawan serta jenama ke hadapan di dalam perjalanan transformasi digital mereka dan memberikan perkhidmatan kepada para pengguna dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang serba mudah dan selamat.”

Jelasnya lagi, dia sangat gembiran dan berbesar hati dengan kesudian bintang global seperti Katy Perry dan NCT Dream, serta artis-artis terkenal Asia Tenggara yang sudi menyertai konsert Lazada kali ini.

“Saya amat gembira atas kesudian bintang terkemuka global seperti Katy Perry dan NCT Dream, serta artis-artis terkenal Asia Tenggara, untuk menyertai kami dalam sambutan tahun ini yang diadakan khusus bagi menghargai para individu dan komuniti yang telah banyak menabur bakti serta berkorban sepanjang tahun lalu.”

“Saya sentiasa menanti-nantikan peluang untuk Lazada membawakan kegembiraan kepada semua pengguna di Asia Tenggara menerusi konsert tahunan istimewa Lazada Super Party dan acara membeli-belah sempena ulang tahun kami, dan komuniti kami akan terus mendoakan kesejahteraan untuk masa depan,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada, Mary Zhou.

Katy Perry Bagi Kata Semangat

Turut berkongsi kata-kata semangat dan harapan untuk para peminatnya di Asia Tenggara, penyanyi antarabangsa yang terkenal dengan lagu-lagi hit seperti “Roar”, “Dark Horse” dan album studio terbarunya “Smile”, Katy Perry turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya!

“Terima kasih kerana menyokong dan menyayangi saya selama ini. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anda tidak lama lagi semasa Lazada Super Party, bagi menyebarkan sedikit sinar bahagia, rasa cinta dan kegembiraan agar semua orang dapat menyanyi bersama-sama dengan saya, walaupun kita terpisah secara fizikal.”

“Saya berharap semoga Lazada dapat membantu semua pelanggan mereka yang memerlukan, dan agar semua orang sentiasa bersikap positif dalam mengharungi kehidupan.”

Anda boleh mendengar lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Katy Perry, NCT Dream dan artis-artis popular Asia Tenggara yang lain semasa konsert Lazada Super Party nanti dengan melihat senarai lagu Lazada 9th Birthday Super Party di dalam Spotify.

Banyak Tawaran Menarik

Konsert tersebut turut menampilkan segmen Membeli-belah Sambil Berhibur Lazada yang terkenal seperti Hujan Baucar yang menawarkan baucar sehingga RM100,000 untuk direbut, serta hadiah-hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan pada 27 Mac nanti.

Mulai 20 Mac, selain daripada memenuhkan troli anda dengan tawaran-tawaran istimewa dan membuat pembayaran dengan promosi penghantaran percuma, anda juga akan disajikan dengan permainan Happy Cake baru di dalam LazGames.

Bukan itu jer, anda juga boleh mendapatkan mata dengan hanya membuka kotak hadiah, menyempurnakan tugasan harian, dan menyusun kek sembilan tingkat bagi memenangi ganjaran seperti baucar platform.

Selain daripada itu, anda juga boleh menebus ganjaran membeli-belah tambahan menerusi Lazada Bonus, elaun membeli-belah istimewa yang boleh digunakan ke atas produk yang mengambil bahagian dengan mempamerkan lencana Lazada Bonus di seluruh platform tersebut dan ianya boleh digabungkan dengan promosi-promosi yang lain.

Rebut Hadiah Lumayan!

Nikmati juga hadiah percuma Ulang Tahun Lazada bernilai RM80,000 menerusi pertandingan “Vote for Birthday Surprise” dari 20 hingga 27 Mac.

Hadiah untuk direbut termasuklah Sony PlayStation 5, kelengkapan rumah dan produk kecantikan daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Casio, Clinique, Ecovacs, Ice Watch, Kitchenaid, Lancome, Nespresso, Ogawa, Origins, Samsung, dan banyak lagi! Senarai pemenang akan diumumkan pada 27 Mac ini.

6 Peniaga Wanita Turut Diraikan

Sebagai sebahagian daripada acara sambutan pada bulan ini, Lazada turut meraikan enam peniaga wanita cemerlang dalam majlis Lazada Forward Women Awards yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.

Wanita-wanita tersebut telah berjaya merintis dunia e-Dagang, masing-masing mempamerkan sifat daya tahan dan inovasi di dalam perjalanan mereka sebagai usahawan..

Lazada mengiktiraf semua pencapaian mereka seperti melancarkan perniagaan yang dibangunkan atas usaha mereka sendiri dan menyumbang kepada pendapatan keluarga, meningkatkan taraf hidup serta membuka hala tuju baru untuk komuniti tempatan, atau mengejar perkembangan peribadi menerusi inovasi dan perusahaan.