fbpx

Kasut Yang Sangat Selesa! Sebab Itulah Ramai Yang Suka!

Mencari sesuatu yang kita suka dan selesa itu bukan perkara mudah ya kawan-kawan! Tak kisahlah dari segi makanan, pakaian ataupun sandal. Semuanya perlukan keserasian dalam diri, barulah aktiviti seharian kita sangat menyenangkan!

Bila bercakap tentang sandal, inilah salah satu perkara yang amat perlu dititikberatkan. Memandangkan apa yang kita sarungkan di kaki juga, memerlukan ketelitian yang mendalam, bukan sekadar membeli tanpa mengira keselesaan kaki.

Kalau anda nak tahu, pemilihan kasut yang mempunyai alas kaki Microwobbleboard™ sangat selesa dan ergonomik membuatkan anda seumpama berjalan di atas awan. Jadi kasut yang selesa dipakai akan membuatkan kaki anda lebih sihat. Barulah boleh berjalan dalam tempoh yang lama dengan selesa tanpa merasa sakit.

FitFlop menyediakan pelbagai jenis koleksi Shuv yang boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Rekaan bentuk Classic Clogs yang merupakan keperluan penting untuk pelbagai acara dari siang ke malam, dari meja kerja ke acara makan malam, berlari mengelilingi bandar, larian sekolah atau menghadiri minggu fesyen, semuanya boleh dilakukan dengan kasut FitFlop.

Jadi, silalah berkunjung ke butik FitFlop yang menjadi kegemaran ramai.

Bukan itu saja, tekstur The Shuv ini sangat selesa. Rekaan yang cukup bergaya dan sangat sesuai untuk anda yang sukakan gaya kasual. Pilih apa saja pakaian di dalam almari anda dan kemudian sarungkan The Shuv! Tak perlu runsing untuk mencari kasut yang lain. Yang penting anda pasti tampak trendy!

Rangkaian kasut FitFlop memberi keselesaan dan menjaga kesihatan kaki anda namun masih boleh tampil bergaya.

Paling menarik, bila anda menyarungkan sandal FitFlop ini, akan membuatkan kaki anda tidak berasa letih dan menjadikan postur badan anda lebih baik.

Jadi apa tunggu lagi, mari kami perkenalkan kepada anda koleksi terbaru dari FitFlop.

 Shuv Leather Clogs

Reka bentuk Shuv Leather Clogs ini diperbuat daripada kulit di bahagian atas dan dikeliling kasut untuk memberi keselesan kepada si pemakai.

Gaya ini bukan sahaja kelihatan mewah, malahan ia juga dapat memberi kesan yang nyaman kepada kaki anda. Jadi inilah kasut yang boleh disuaipadankan dengan pasangan anda.

Shuv Buckle-Strap Clogs

Kasut bertutup yang direka khas oleh FitFlop ini sesuai buat si pemakai yang ingin kelihatan kemas dan formal. Tidak terhad kepada rekaan semata-mata.

FitFlop juga menekankan kualiti di mana rekaan ini diperbuat daripada 100% kulit. Kasut bertumit rata (flat) seperti ini juga sangat sesuai untuk para ibu yang sentiasa melakukan banyak pergerakan sesuai dengan aktiviti harian di luar.

Shuv Leather Toe-Post Sandal

Diinspirasikan oleh ikon. Toe-post versi sandal FitFlop  ini mempunyai gaya tersendiri buat si pemakai. Mempunyai Microwobbleboard™ FitFlop di bahagian tengah kasut yang memberi impak seperti kusyen yang meresap tekanan dan membuatkan si pemakai bagaikan berjalan di atas awan. Klasik modern minimalist ini semestinya menjadi kegemaran ramai.

Untuk makluman anda, pelbagai testimoni telah diterima daripada pengguna Fitflop antaranya dapat mengurangkan selulit, membakar lemak dan meregangkan otot, lutut tidak terasa perit lebih-lebih lagi apabila berjalan dalam tempoh yang agak lama.

Menyedari akan kemunculan beberapa jenama selipar selesa yang seumpama ini, malah turut bercirikan tapak kasut tebal, keunikan FitFlop ialah tapaknya lebih ringan dan direka melengkung di bahagian tapak kaki serta memberi cengkaman yang kuat tatkala melangkah.

Getah berteknologi tinggi ini dipadankan dengan rekaan tali kulit lembu yang dapat mengurangkan kesan melecet semasa pemakaian. Setiap kasutnya diuji dengan pembuatan teliti di kilang-kilang yang berada di China dan Vietnam sebelum dihantar kepada lebih 20 kumpulan perekanya. Ini termasuklah bahan lain yang bakal digunakan untuk setiap koleksi sama ada kulit lembut mahupun kanvas.

Jadi buat anda yang sedang mencari kasut yang selesa sesuai untuk melancong dan berjalan ke mana sahaja dalam tempoh yang lama, pilihlah FitFlop, dijamin selesa!

Koleksi Shuv baharu kini boleh didapati di semua kedai fizikal FitFlop. Tunggu apa lagi, pergi ke kedai FitFlop terdekat anda hari ini untuk meneroka lebih lanjut!

Maklumat lanjut anda boleh layari Facebook, Instagram dan TikTok.