fbpx

“Kamu Tak Berbakat, Bakat Tak Boleh Beli Dengan Duit”

Hanya mampu bertahan selama dua minggu, seperti sudah dijangka usahawan sensasi Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Hanya mendapat markah sebanyak 9.2 peratus sahaja, perjuangan Iqbal hanya sampai di konsert minggu kedua sahaja.

BACA: Tak Jadi Tarik Diri, Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian malam tadi adalah komen daripada juri tetap iaitu komposer Ajai yang memberikan komen pedas bahawa Iqbal tidak dilahirkan sebagai penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian…staraight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi…ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu tempo terabur,” katanya.

Kata Ajai lagi, perlu belajar nyanyian untuk dapat ilmu bukan hanya belajar beberapa hari terus pandai. Ajai juga turut menegur usahawan itu supaya tidak terus menerus menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah,” katanya.

Semalam, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang juga selaku Presiden Netizen turut memberikan komen bahawa Iqbal tidak layak berada di pentas Big Stage.